fbpx

Proton pengimport, pengedar kenderaan smart

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Model konsep smart, yang merupakan kenderaan tenaga baharu.

PETALING JAYA – Pengeluar kereta nasional, Proton menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) dengan smart Automobile Company (smart), untuk bekerjasama memperkenalkan kenderaan tenaga baharu (NEV) keluaran smart dalam pasaran automotif ASEAN.

Perjanjian itu menyaksikan Proton Edar dilantik sebagai pengimport, pengedar dan wakil jualan untuk smart di Malaysia dan Thailand, manakala anak syarikat milik penuh smat, smart Automobile (Nanning) Sales Co. Ltd. memainkan peranan sebagai pintu masuk untuk smart ke rantau ini.

Majlis menandatangani MOA diadakan secara maya antara Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah bersama Naib Presiden Kewangan smart, Ulf Nestler sambil disaksikan Pengerusi Proton, Datuk Seri Syed Faisal Albar dan Ketua Pegawai Eksekutif smart, Tong Xiangbei.

Syed Faisal berkata, perjanjian dengan smart membolehkan pihaknya menimba pengalaman dalam penjualan, perkhidmatan dan pengecasan NEV serta membina kemahiran yang diperlukan untuk menguasai sektor berkenaan yang sedang berkembang pesat.

“Ini juga merupakan peluang kami untuk beroleh manfaat daripada pangkalan pelanggan smart dan membuka lebih banyak peluang untuk jenama Proton,” katanya dalam satu kenyataan.

Agensi Tenaga Boleh Diperbaharui Antarabangsa (IRENA) meramalkan bahawa lebih kurang 10 juta unit NEV akan digunakan di Asia Tenggara menjelang tahun 2025. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI