fbpx

Perpustakaan mini untuk pengguna stesen KTMB Butterworth

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suasana perpustakaan mini di stesen KTMB Butterworth, Pulau Pinang. /FOTO IHSAN RAC

PUTRAJAYA – Pengguna Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di stesen Butterworth, Pulau Pinang kini boleh mengisi masa lapang dengan membaca di perpustakaan mini disediakan.

Perbadanan Aset Keretapi (RAC) menerusi hantaran di laman Facebook berkata, projek khas tersebut merupakan yang kedua diwujudkan selepas stesen Dabong di Kelantan.

“Kemudahan berkenaan dilengkapi dengan pelbagai bahan bacaan bergenre santai sebagai salah satu daripada aktiviti di bawah program tanggungjawab sosial korporat,” jelas agensi itu semalam.

RAC turut mengingatkan para pengunjung untuk menyimpan semula buku-buku yang dibaca itu di rak yang telah disediakan sebagai usaha menjaga sama-sama harta benda awam tersebut.

Sekiranya masyarakat mempunyai apa sahaja cadangan yang sesuai untuk penambahbaikan stesen kereta api, mereka boleh mengajukan saranan di ruangan komen akaun Facebook itu.

Sebagai rekod, Stesen Butterworth dibuka pada 1967 lalu sebelum dibina semula dengan imej baharu lebih moden pada 2011 serta menghubungkan terminal bersepadu pengangkutan Penang Sentral.

Ia juga merupakan destinasi terakhir untuk perkhidmatan tren penumpang komersial KTMB Komuter Sektor Utara laluan ke Padang Besar, Perlis serta perkhidmatan tren eletrik (ETS) ke Gemas, Negeri Sembilan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI