fbpx

Malaysia kutuk serangan berdarah Houthi ke atas Abu Dhabi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wisma Putra.

PUTRAJAYA – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan berdarah terkini pemberontak Houthi ke atas beberapa fasiliti di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) petang kelmarin.

Kementerian Luar menerusi kenyataan di sini hari ini berkata, insiden tidak dijangka tersebut merupakan tindakan ganas dan pihak yang terbabit perlu memikul tanggungjawab berkenaan.

“Malaysia malahan bertegas menolak sebarang bentuk keganasan yang boleh menjejaskan lagi proses keamanan dan keselamatan di seluruh rantau Asia Barat,” tambah Wisma Putra.

Serangan melibatkan sejumlah dron itu memusnahkan tiga buah trak minyak di loji penapis Abu Dhabi National Oil Company milik kerajaan UAE di zon perindustrian utama Al Musaffah.

Dua warga India dan seorang rakyat Pakistan maut manakala enam individu lain dilaporkan cedera sebelum serangan susulan dilancarkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi.

Insiden yang berikutnya itu tidak menyaksikan sebarang kemalangan jiwa walaupun berlaku kebakaran dan jurucakap pergerakan Syiah Houthi mengaku melancarkan serangan tersebut.

Beberapa buah negara jiran di rantau Timur Tengah dan Afrika, Kesatuan Eropah, Britain, Amerika Syarikat, Rusia, Jepun serta Singapura mengecam peristiwa serangan militan Yemen itu.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Antonio Guterres turut mengutuk insiden tersebut dan menggesa semua pihak yang bertelagah kembali kepada proses rundingan damai. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI