fbpx

Isu RFID: PM mahu pengguna lebuh raya perlu diberi opsyen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramai pengguna kenderaan dikatakan masih belum bersedia dengan RFID. –FARIZ RUSADIO

PUTRAJAYA – Pengguna  Lebuh Raya Utara-Selatan perlu diberikan pilihan dan tidak dipaksa untuk menerima sistem bayaran tol secara Identifikasi Frekuensi Radio (RFID)

Perkara itu ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sambil menambah, jika ia perlu dikenakan kos bayaran tertentu, isu itu wajar dibawa kepada rujukan Kabinet.

“Saya sudah mengarahkan Menteri Kerja Raya (Datuk Seri Fadillah Yusof) untuk panggil syarikat pemegang konsesi (PLUS Expressway Berhad) untuk bincang dulu pelaksanaan sistem ini.

“Malah, mesyuarat mingguan jemaah Kabinet bersetuju supaya kalau ada melibatkan bayaran tertentu oleh pengguna, mereka (syarikat konsesi) kena rujuk kepada Kabinet,” katanya selepas menghadiri Program Eksklusif Bersama Perdana Menteri dan melancarkan Jelajah Agrikomoditi Keluarga Malaysia di sini malam ini.

Isu RFID menarik perhatian ramai apabila dilaksanakan PLUS bermula 15 Januari lalu yang meliputi kenderaan kelas 1 bermula dari Plaza Tol Juru di Pulau Pinang hingga Skudai, Johor.

Sebelum itu, projek perintis tersebut sudah dilaksanakan secara ujian melibatkan Plaza Tol Hutan Kampung di utara Kedah sehingga Sungai Dua, Pulau Pinang pada awal tahun 2020 lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI