fbpx

Tiga tahun tidak boleh tutup mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
eadaan mata Broadhurst yang tidak tertutup rapat sejak tiga tahun lepas. - SWNS

LONDON – Seorang warga emas di Britain berdepan masalah tidak dapat menutup matanya  selama tiga tahun gara-gara pembedahan plastik yang gagal, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Pete Broadhurst,79, berkata, dia menjalani pembedahan plastik bagi mengecilkan pipinya, namun kesan yang dialami selepas itu sangat menyeksakan.

Kelopak matanya tidak boleh ditutup selepas pembedahan dan kekal begitu selama tiga tahun.

“Jika saya mahu tidur, saya akan meletakkan pita pelekat pada hujung mata dan dilekatkan pada muka.

“Wajah saya menakutkan dan saya perlu menggunakan titisan air mata lapan kali sehari bagi mengelakkan mata saya kering,” katanya.

Tambah Broadhurst, dia menghabiskan £11,000 (RM62,850) ketika melakukan pembedahan plastik tersebut.

Wajah Broadhurst sebelum menjalani pembedahan plastik mengecilkan pipi. – SWNS

Penglihatannya kini sangat kabur sehingga tidak boleh memandu kereta atau melihat mimik muka orang lain.

Semua hospital swasta enggan menjalankan pembedahan lanjut kerana bimbang keadaan Broadhurst akan menjadi lebih buruk, manakala Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) berkata, dia perlu menunggu selama setahun.

Lelaki itu kini terdesak untuk mendapatkan rawatan alternatif di luar negara termasuk sebuah hospital di Turki yang menawarkan rawatan pada sekitar £7,000 (RM39,990).

“Setiap hari,  saya menyesali tindakan saya menjalani pembedahan plastik yang menjadi punca kepada masalah ini,” luah Broadhurst. – Agensi

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI