fbpx

Wanita 47 tahun nampak muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUCERO kelihatan muda walaupun sudah berusia 47 tahun. - Foto TikTok

LONDON – Seorang wanita berusia 47 tahun kelihatan jauh lebih muda dengan wajah  tidak berkedut walaupun tanpa suntikan botox, lapor portal berita The Sun semalam.

Wanita  dikenali sebagai Lucero itu berkongsi wajahnya di platform TikTok menggunakan akaun @lucero.iv.

“Saya mahu membuat video pendek untuk menerangkan tentang produk yang saya gunakan sekarang,” katanya.

Kata Lucero,  dia menggunakan kedua-dua produk gred perubatan dan produk kecantikan yang disyorkan oleh pakar dermatologi.

“Saya sudah menggunakannya selama dua tahun dan ia benar-benar membantu diri saya,” katanya lagi.

Sebilangan netizen yang menonton videonya berkata, mereka seperti tidak percaya usia Lucero menjangkau 47 tahun kerana menyangka dia baru  berumur 29 tahun. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI