fbpx

Botox berlebihan boleh sebabkan wajah kaku, tidak simetri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Suntikan botulinum toxin atau botox yang berlebihan boleh meninggalkan kesan buruk kepada penggunanya.

Public Health Malaysia (PHM) dalam satu hantaran di Facebook berkata, rawatan botox adalah prosedur kosmetik yang melibatkan penyuntikan botulinum toxin ke dalam otot wajah untuk mengurangkan kedutan dan garis-garis halus.

Bagaimanapun katanya, kesan suntikan botox yang berlebihan boleh menyebabkan seseorang itu hilang emosi wajah.

“Botox yang berlebihan boleh menyebabkan alah ataupun seseorang itu tidak boleh menelan makanan.

“Selain itu, botox berlebihan juga boleh menjadikan ekspresi wajah kaku selain wajah boleh tidak simetri,” katanya.

Katanya, botulinum toxin adalah toksin yang menghalang signal saraf otot, menyebabkan otot-otot wajah menjadi rileks.

“Rawatan Botox biasanya digunakan untuk mengurangkan kedutan di kawasan seperti dahi, garis-garis di sekitar mata (kantung mata), dan garis-garis di antara kening.

“Namun, sila berhati hati. Elakkan mengambil rawatan di salon kecantikan yang tiada doktor berdaftar kerana komplikasi rawatan boleh menjadi serius sehingga menyebabkan wajah cacat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI