fbpx

Real julang Piala Super Sepanyol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Real bergambar dengan trofi selepas muncul juara Piala Super Sepanyol dengan menewaskan Athletic Bilbao 2-0 pada aksi final di Stadium King Fadh, Arab Saudi semalam. – AFP

RIYADH – Pengendali Real Madrid, Carlo Ancelotti melaungkan amaran untuk terus mendominasi saingan musim ini selepas berjaya menjulang trofi pertama selepas menewaskan Athletic Bilbao 2-0 pada aksi final Piala Super Sepanyol awal pagi semalam.

Pada aksi di Stadium King Fadh itu, skuad The Galacticos tidak mempunyai masalah untuk melakar kemenangan merusi gol yang disumbangkan oleh Luka Modric dan Karim Benzema.

Kata Ancelotti, kejayaan yang diraih sudah tentu menjadi tonik terbaik dalam usaha merampas kembali kejuaraan La Liga musim ini selain mara sejauh mungkin pada kempen Liga Juara-Juara Eropah meskipun diundi bertemu Paris Saint-Germain (PSG) pada aksi kalah mati.

“Kami berhak untuk meraih kejuaraan ini dan ia tidak semudah yang disangka kerana Athletic merupakan pasukan memiliki kualiti dan ia terbukti selepas mereka menewaskan Atletico Madrid di pusingan separuh ­akhir.

“Berdasarkan apa yang saya lihat di atas padang, prestasi pasukan masih boleh dipertingkatkan tetapi saya percaya keputusan ini sudah tentu menaikkan semangat kami untuk terus menjulang lebih banyak trofi musim ini,” katanya selepas tamat perlawanan.

Sementara itu, Presiden Real Madrid, Florentino Perez percaya prestasi memukau yang dipamerkan oleh Modric pada perlawanan ini dapat membuka kembali mata penyokong untuk menyenaraikan antara calon anugerah Ballon d’Or musim 2022.

“Modric sudah kembali me­nunjukkan prestasi ampuh bersama pasukan musim ini meski­pun sudah berusia 36 tahun. Saya tidak terkejut andai nama­nya boleh menjadi antara pilihan menjuarai anugerah Ballon d’Or penghujung tahun nanti,” kata­nya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI