fbpx

Perompak amatur kempunan nak samun kedai emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara peralatan yang disyaki digunakan suspek untuk melakukan samun ke atas sebuah kedai emas di dalam pasar raya di Taman Mutiara Rini, Skudai, Johor, malam tadi.

ISKANDAR PUTERI – Seorang lelaki kempunan untuk menyamun sebuah kedai emas di sebuah pasar raya di Taman Mutiara Rini, dekat sini malah diberkas ketika cuba melarikan diri di lokasi sama, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang lelaki tempatan kira-kira pada pukul 10 malam memaklumkan kejadian cubaan samun kedai emas di aras bawah pasar raya terbabit.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek yang tidak bersenjata telah membakar mercun di ruang tengah pasar raya sebelum meluru masuk ke kedai emas melalui pintu depan kedai ketika pintu “shutter” ditutup separuh.

“Suspek berusia 33 tahun itu yang memasuki premis hampir tutup itu terus menuju ke bilik simpanan peti besi di bahagian belakang premis.

“Suspek turut bertindak mencederakan seorang pengurus kedai wanita berusia 34 tahun dengan menumbuk muka suspek dalam cubaannya merompak kedai itu.

“Setelah gagal melarikan barang berharga, suspek melarikan diri dengan tangan kosong sebelum diberkas polis di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dzulkhairi berkata, dengan penahanan suspek itu, polis telah berjaya merampas beberapa barang kes daripada suspek iaitu sekotak dan dua batang mercun, topeng muka, pemetik api serta sepasang sarung tangan.

Katanya, hasil semakan rekod mendapati suspek mempunyai tujuh rekod lampau iaitu enam kes samun dan satu kes curi kenderaan.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah untuk mendapatkan perintah reman,” katanya kes disiasat di bawah seksyen 393 Kanun Keseksaan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI