fbpx

Mereka buat seperti saya tiada iman – Naim Daniel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAIM DANIEL bengang dituduh sebagai sebahagian daripada ahli iluminati.

PETALING JAYA – Gara-gara luka pada bahagian muka kerana bermain papan selaju, pelakon dan penyanyi Naim Daniel dituduh sebahagian daripada golongan Iluminati oleh sekumpulan penganut teori konspirasi dalam Instagram.

Naim atau nama lengkapnya Muhammad Naim Daniel Baharin, 25, ketika dihubungi Kosmo! Online memberitahu, dia berasa amat terkilan apabila dikaitkan dengan pertubuhan tersebut.

“Saya rasa tuduhan itu sangat keterlaluan dengan memperlakukan saya seperti tidak mempunyai iman selain boleh menyebabkan fitnah terhadap nama saya.

“Selain itu, saya turut berasa terkejut kerana masih ada mentaliti sebegini dalam kalangan masyarakat. Macam mana mereka boleh memandai mengaitkan saya dengan iluminati walhal saya hanya cedera kerana jatuh papan selaju,” katanya.

Pelantun lagu Purnama itu turut memberi amaran jika tuduhan tidak berasas itu berlanjutan, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

“Jangan kerana hidup berlandaskan konspirasi sahaja, boleh memetik nama ikut suka, saya malas nak layan isu kelakar sebegini namun jika berlanjutan saya akan ambil tindakan.

“Kau ingat aku jatuh tersembam muka boleh rancang ke nak luka dekat mana?,” ujarnya sinis.

Sementara itu, Naim turut berkata dia sekarang sedang fokus untuk sembuh sepenuhnya daripada kecederaan ringan yang dialami ketika melakukan aktiviti bermain papan selaju di salah sebuah tapak permainan tersebut di Shah Alam, Selangor. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI