fbpx

Dos keempat separa berkesan terhadap Omicron

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

TEL AVIV –  Dos keempat vaksin Pfizer dan Moderna hanya ‘separa berkesan’  dalam menentang varian Omicron, demikian menurut kajian terbabit yang dilakukan di Israel. 

Pasukan penyelidik  Pusat Rawatan Sheba dekat Tel Aviv memulakan kajian klinikal pada Disember 2021 berhubung keberkesanan dos keempat vaksin Covid-19 dengan menyuntik 154 kakitangan hospital dengan vaksin Pfizer dan 120 sukarelawan lain menggunakan dos Moderna.

Keputusan awal mendapati kedua-dua vaksin selamat dan mendorong pengeluaran antibodi yang tinggi, namun hanya ‘separa  berkesan’ dalam memberikan perlindungan terhadap varian Omicron, kata hospital berkenaan dalam satu kenyataan.

“Walaupun antibodi meningkat selepas suntikan dos  keempat, ia hanya menawarkan perlindungan separa kepada mereka yang dijangkiti varian Omicron.

“Dos penggalak keempat itu bagaimanapun amat berkesan dalam melawan jangkitan varian lain,” kata ketua kajian berkenaan, Profesor Gili Regev-Yochay.

Lebih 537,000 warga Israel telah menerima dos keempat vaksin Covid-19, demikian menurut statistik terbaharu kementerian kesihatan.

Lebih 80 peratus penduduk dewasa Israel pula sudah menerima dua dos lengkap vaksin koronavirus dengan lebih separuh daripada mereka diberikan suntikan penggalak.

Israel menutup sempadannya selepas mengesan satu kes jangkitan varian Omicron pada November 2021, namun membuka semula perbatasan awal bulan ini meskipun jangkitan Covid-19 melonjak.

Secara keseluruhan lebih 1.7 juta jangkitan direkodkan di Israel sejak pandemik bermula termasuk lebih 8,300 kematian. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI