fbpx

Bantuan Automotif Keluarga Malaysia diperluas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul.

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan Bantuan Automotif Keluarga Malaysia kepada mangsa banjir kini diperluaskan kepada bengkel tidak berdaftar.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata berkata, permohonan mengenainya boleh dibuat secara dalam talian mulai esok hingga 31 Mac depan menerusi https://bantuanautomotif.hasil.gov.my.

Beliau berkata, permohonan secara manual fizikal juga boleh dibuat di mana-mana Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) serta Cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berhampiran.

“Pemohon juga boleh dibuat di Pejabat Satelit (PS) LHDN, Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDN dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDN.

“Pemohon boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) yang dimuat naik di portal rasmi Bantuan Banjir Keluarga Malaysia http://bantuanbanjir.com bagi mendapatkan maklumat lanjut,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya, sehingga kini, hampir 20 syarikat automotif, dengan rangkaian lebih daripada 1,800 pusat servis berdaftar di seluruh negara, telah bersetuju untuk menyertai inisiatif Bantuan Automotif Keluarga Malaysia. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI