fbpx

Keluarga tinggal bawah landasan LRT ditawar rumah PPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki berkenaan terpaksa tinggal di bawah landasan LRT selepas tidak mampu membayar sewa akibat kehilangan pekerjaan.

PETALING JAYA- Kehidupan sepasang suami isteri yang tular berikutan menjadikan kawasan landasan transit aliran ringan (LRT) di sini sebagai tempat berteduh mendapat perhatian kerajaan apabila akan dipindahkan ke lokasi lebih selesa.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim berkata, pihaknya telah menggerakkan satu pasukan untuk menemui pasangan itu semalam sejurus mendapat maklumat daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Setelah dapat maklumat daripada PM semalam, saya kerahkan pasukan wilayah pergi mencari kawan yang tidur bawah jambatan. Rupanya pasukan lain pun ramai ke sana termasuk Baitulmal dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

“Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ada menawarkan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) serta peluang berniaga di sekitar ibu negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook tadi.

Bagaimanapun, katanya, keluarga terbabit memilih untuk menyewa di Kapar dan kos sewaan itu diuruskan oleh pihak Baitulmal.

Terdahulu, seorang pengguna Facebook berkongsi mengenai kehidupan seorang lelaki dikenali sebagai Kasturi yang tinggal di bawah jambatan LRT di Taman Aman, Petaling Jaya kerana dia tidak mampu membayar sewa selepas diberhentikan kerja.

Lebih menyedikan, isterinya yang sakit juga tidak dapat meneruskan rawatan di hospital kerana mengalami masalah kewangan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI