fbpx

Hamilton tidak akan bersara – Damon Hillc

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMILTON dipercayai akan meneruskan saingan dalam perlumbaan F1 bagi memburu rekod baharu sebagai juara dunia kelapan. – AFP

LONDON – Juara dunia Formula Satu (F1) 1996, Damon Hill percaya pelumba pasukan Mercedes AMG Petronas, Lewis Hamilton akan meneruskan saingan dalam perlumbaan Formula Satu (F1) 2022 biarpun timbul pelbagai spekulasi berhubung masa depannya.

Hill berkata, peluang mencatat rekod baharu sebagai juara dunia lapan kali sudah tentu sukar untuk ditolak Ha­milton yang kini berada sebaris dengan Michael Schumacher sebagai juara dunia F1 sebanyak tujuh kali.

Beliau yang pernah terlepas kejuaraan pada 1994 menjelaskan, setiap pelumba pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk memenangi kejuaraan dunia, lebih-lebih lagi Hamilton yang sedang memburu rekod baharu.

“Tidak terlalu sukar untuk kembali berlumba kerana saya pernah alaminya sebelum ini. Bagaimanapun, ketika itu saya mahu memenangi kejuaraan, berbeza dengan Hamilton yang sudah memiliki tujuh gelaran.

“Dia semakin hampir ke ­penghujung karier dan sudah meraih pendapatan lumayan selama ini. Bagaimanapun, peluang meraih gelaran kelapan pasti sukar ditolak dan saya yakin dia mahu kembali ke ­litar,” kata Hill.

Spekulasi berhubung masa depan Hamilton dalam ­perlumbaan F1 terus menjadi tanda tanya apabila dia masih belum membuat sebarang ­kenyataan selepas kecewa ­dengan perlumbaan pada Grand Prix (GP) Abu Dhabi ­Disember lalu.

Pada masa sama, keputusan sama ada dia akan terus berlumba atau sebaliknya turut bergantung kepada siasatan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) berhubung kontroversi yang dicetuskan pengarah perlumbaan, Michael Masi sebelum ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI