fbpx

Air Sungai Ranggon keruh, berbau busuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADAM menunjukkan air Sungai Ranggon yang keruh berhampiran Kampung Pangkalan Ranggon, Kerteh semalam.

KEMAMAN – Lebih 800 penduduk Kampung Pengkalan Ranggon, Kerteh, di sini yang sebahagiannya mencari rezeki sebagai nelayan bimbang dengan kualiti Sungai Ranggon yang semakin merosot sejak minggu lalu.

Air sungai itu bertukar menjadi keruh dan hitam serta berbau busuk menyebabkan banyak hidupan airnya mati dipercayai akibat pencemaran disebabkan aktiviti pembuangan sisa dari sebuah kawasan perindustrian berhampiran.

Pengerusi Jawatankuasa Pem­bangunan dan Keselamatan Kampung Pengkalan Ranggon, Mohamad Abdullah berkata, pencemaran sungai itu bukan sahaja menjejaskan lebih 100 nelayan malah dikhuatiri boleh menjejaskan kesihatan penduduk setempat.

“Pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri yang melakukan tinjauan baru-baru ini menunjukkan paras oksigen di dalam su­ngai itu berkurangan.

“Maka tidak hairanlah keba­nyakan ikan yang memasuki pukat dan bubu dipasang nelayan setempat sudah mati,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Kampung Pengkalan Ranggon, Kerteh di sini semalam.

SEBAHAGIAN udang galah yang mati akibat pencemaran di Sungai Ranggon berhampiran Kampung Pangkalan Ranggon, Kerteh.

Mohamad berkata, pencema­ran Sungai Ranggon tersebut pernah berlaku sebelum ini pada tahun 2015.

Dalam pada itu, salah seorang nelayan, Adam Abdullah, 50, memberitahu, pendapatannya terjejas teruk berikutan pencemaran sungai terbabit.

“Selama ini kami mencari rezeki dengan menangkap ikan berkualiti tinggi seperti ubi, tapah, sebarau dan siakap serta udang galah yang banyak terdapat di dalam sungai ini.

“Pendapatan saya sebelum ini purata RM500 seminggu kini tinggal RM80 sahaja,” ujarnya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Kemasik, Saiful Azmi Suhaili berkata, siasatan terperinci sedang diambil bagi mengenal pasti dalang kepada pencemaran sungai tersebut. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI