fbpx

Tang Jie-Yen Wei hampiri kejuaraan Terbuka India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANG JIE (kiri) dan Yen Wei (kanan) mara ke final selepas menewaskan Kian Meng-Pei Jing dalam pertarungan selama tiga set hari ini. - BADMINTON PHOTO

PASANGAN beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Peck Yen Wei mencipta kejutan apabila mara ke pentas final Terbuka India esok.

Kejayaan itu hadir selepas beregu No. 40 dunia itu menewasan rakan senegara yang juga pilihan utama, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing 21-19, 21-23, 21-14 pada aksi separuh akhir hari ini.

Walaupun Kian Meng- Pei Jing cuba bangkit dengan memenangi set kedua, namun Tang Jie-Yen Wei ternyata berada pada prestasi terbaik apabila menamatkan aksi yang berlarutan selama satu jam 11 minit dengan kemenangan 21-14 di set penentuan.

“Sangat gembira dapat memenangi perlawanan dan ini adalah final pertama kami di pertandingan berkelas Super 500. Namun, kami masih ada banyak yang perlu dipelajari lagi.

“Kami akan berehat secukupnya dan pada masa sama berbincang dengan jurulatih serta pasangan untuk membantu menghadapi perlawanan final,” kata Tan Jie.

Untuk aksi penentuan juara esok, Tang Jie-Yen Wei akan bertemu wakil Singapura, Terry Hee Yong Kai-Jessica Tan Wei Han yang meraih kemenangan percuma selepas beregu Rusia, Rodion Alimov-Alina Davletova menarik diri dalam satu lagi perlawanan separuh akhir hari ini.

Jika melihat kepada kedudukan ranking dunia, Tang Jie-Yen Wei dijangka tidak berdepan masalah besar untuk memastikan kejuaraan pertama buat pasangan itu tahun ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI