fbpx

Lelaki jatuh Jambatan Pulau Pinang dijumpai terapung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak berkuasa menaikkan mayat mangsa untuk dihantar ke Jabatan Forensik. /FOTO IHSAN APMM

GEORGE TOWN – Seorang lelaki yang dipercayai terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang di sini Khamis lalu ditemui terapung di kedudukan 4.2 batu nautika muara Sungai Chenaam dekat sini hari ini.

Mayat lelaki berusia 48 tahun itu dijumpai oleh sekumpulan nelayan tempatan kira-kira pukul 12 tengah hari.

Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, Pusat Operasi (PUSOP) Maritim Malaysia negeri telah menerima panggilan dari Balai Polis Perai berhubung penemuan mayat tersbeut.

“Mayat mangsa dibawa ke Jeti Polis Marin Batu Uban oleh pasukan Bomba dan Penyelamat sebelum pihak polis mengesahkan identiti individu berkenaan.

“Mayat kemudiannya diserahkan kepada pihak Hospital Seberang Jaya untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Kosmo! Online melaporkan seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang di kilometer 3.4 arah pulau kira-kira pukul 10.40 malam.

Dalam kejadian tersebut, mangsa dipercayai meninggalkan sebuah kereta jenis Perodua Axia bersama barang peribadinya sebelum disyaki terjatuh dalam laut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI