fbpx

BN tumpu PRU-15, bukan hanya PRN Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zambry.

LUMUT – Barisan Nasional (BN) kini sedang memperkemas jentera parti sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang boleh berlangsung bila-bila masa sahaja.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, persediaan umum tersebut adalah secara keseluruhan untuk PRU-15, bukan melibatkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semata-mata.

“Daripada segi prosedur parti, biasanya dalam tempoh 12 bulan hingga 15 bulan (sebelum penggal Parlimen sedia ada berakhir) adalah tempoh untuk kita memperkemas (jentera) dan membuat persiapan (menghadapi PRU).

“Jadi, bukan hanya tertakluk pada PRN sepertimana yang diuar-uarkan baru-baru ini di sebuah negeri (Johor), tetapi boleh saya maklumkan bahawa kami membuat persiapan secara keseluruhannya bagi menghadapi PRU-15 akan datang,” katanya ketika ditemui pada Program High Profile Policing (HPP) dan Kayuhan Komuniti Ketua Polis Perak di Pulau Pangkor, di sini hari ini.

Menurut Zambry, jika ada pengumuman rasmi PRN Johor atau mana-mana negeri, parti itu bersedia membuat persiapan khusus bagi menghadapinya.

Tegasnya, BN akan melakukan persiapan terbaik melibatkan koordinasi pada semua peringkat meliputi parti komponen teras BN, Friends of BN dan parti gabungan BN jika PRN Johor diadakan, sama seperti dilakukan dalam PRN Melaka sebelum ini.

“Kita tidak mahu terlalu angkuh dan sombong, tapi kita mengambil langkah yang penuh hikmah dan pendekatan baik supaya setiap pilihan raya akan dihadapi dengan baik,” ujarnya. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI