fbpx

Ura-ura sahaja sertai PBM – Zuraida

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Zuraida Kamaruddin.

PUTRAJAYA – “Kalau ura-ura, ura-ura sajalah,” kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Zuraida Kamaruddin ketika ditanya soalan berhubung Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Beliau hanya memberikan jawapan ringkas tersebut sebaik diajukan pertanyaan mengenai khabar angin yang mendakwa penyertaannya di dalam parti itu.

Malah, sehingga kini Zuraida tidak memberikan maklum balas lebih lanjut dan dilihat mengambil pendekatan ‘kunci mulut’.

Terdahulu media melaporkan, Zuraida yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi bersama Datuk Seri Mohamed Azmin Ali antara dua Ahli MPT Bersatu yang disebut-sebut bakal menyertai PBM.

Ia susulan dua figura politik berkenaan merupakan individu yang rapat dengan pemegang jawatan dalam parti berbilang bangsa yang baharu ditubuhkan itu.

Antaranya ialah Timbalan Presiden 1 PBM, Haniza Mohamed Talha; Ketua Wanita, Daroyah Alwi dan Setiausaha Agung, Nor Hizwan Ahmad. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI