fbpx

Lelaki dikhuatiri lemas jatuh Jambatan Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Maritim Malaysia ketika usaha Carilamat mangsa di perairan berdekatan Jambatan Pulau Pinang hari ini.

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam laut dari Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 3.4 arah pulau dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.40 malam itu, mangsa berusia 48 tahun dikatakan meninggalkan sebuah kereta jenis Perodua Axia bersama barangan peribadinya sebelum dipercayai terjun ke dalam laut.

Pengarah Maritim negeri, Kepten Maritim Abd. Razak Mohamed berkata, pihaknya segera mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) sejurus menerima laporan dari Balai Polis Perai di sini.

“Bot KILAT 4 diatur gerak ke lokasi kejadian tengah malam tadi bagi usaha Carilamat bersama pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam dan Polis Marin Batu Uban.

“Pangkalan Hadapan Carilamat ditubuhkan di Jeti Polis Marin Batu Uban dan sehingga kini (tengah hari) usaha pencarian masih diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Abd. Razak berkata, pihaknya menemui sebuah kereta dan beberapa barangan peribadi dipercayai milik mangsa di atas jambatan tersebut.

Menurutnya lagi, mangsa dipercayai dari Butterworth di sini.

Sementara itu, Abd. Razak menyeru orang awam agar melaporkan sebarang penemuan, kejadian kecemasan atau kemalangan di laut dengan menghubungi talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang di talian 04-2626146. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI