fbpx

Kanye West tumbuk peminat minta autograf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEJADIAN dikatakan berlaku selepas Kanye West menghadiri malam temu janjinya dengan Julia Fox, 31. - splash/Getty

LOS ANGELES, CALIFORNIA – Penyanyi rap Amerika Syarikat (AS), Kanye West disiasat oleh pihak polis setelah didakwa menumbuk seorang peminat yang ingin meminta autografnya, lapor akhbar The Sun semalam.

Penguatkuasa undang-undang memberitahu laman berita TMZ mengenai kejadian yang berlaku pada pukul 7 malam (waktu tempatan) melibatkan penyanyi berusia 44 itu.  

Insiden dikatakan berlaku di Gudang Soho di kawasan pusat perniagaan Los Angeles.

Menurut sumber, seorang peminat dikatakan pergi ke kereta milik Kanye West untuk meminta autografnya. 

Mereka dikatakan berbual seketika sebelum Kanye bertindak keluar dari keretanya lalu menumbuk peminat tersebut yang rebah ke tanah.

Kes sedang disiasat atas salah laku kecil yang membawa kepada hukuman penjara sehingga enam bulan.

Kejadian itu sempat dirakam oleh peminat tersebut menggunakan telefonnya.

“Kanye West didakwa atas salah laku kecil, tiada tangkapan dibuat dan tiada butiran lanjut,” jelas seorang jurucakap Pejabat Polis Los Angeles (LAPD) kepada The Sun.  – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI