fbpx

Coklat habis, pelancong Langkawi kempunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelancong kecewa apabila beberapa jenis coklat import yang dijual di premis bebas cukai di Langkawi kehabisan stok. - Gambar hiasan

LANGKAWI – Kalangan pelancong yang berkunjung ke pulau peranginan ini kecewa apabila bekalan coklat import yang dijual di premis-premis perniagaan di sini kehabisan stok didakwa sejak November tahun lalu.

Tinjauan di beberapa premis perniagaan bebas cukai mendapati kebanyakan rak yang bia­sanya dipenuhi coklat import daripada jenama terkenal dibiarkan kosong selain ada yang diisi dengan coklat jenis lain.

Antara jenama coklat import yang mendapat sambutan adalah Daim dan Hershey Kisses.

Seorang pelancong, Saludin Endol, 60, dari Kuala Lipis, Pahang berkata, percutiannya menjadi kurang sempurna apabila mendapati coklat import yang dipesan keluarganya kehabisan bekalan di beberapa buah kedai yang dikunjunginya.

“Langkawi sinonim dengan coklat import yang murah, tetapi beberapa kedai yang saya pergi kebanyakannya tiada bekalan.

“Rasa macam percutian kali ini tidak lengkap kerana tidak dapat memborong coklat import untuk dibawa balik,” katanya.

Luahan sama disuarakan Muhammad Fahmi Mazelan, 26, dari Kangar, Perlis, yang memberi­tahu, beberapa premis yang dikunjunginya juga kehabisan stok coklat.

“Mungkin saya pulang dengan tangan kosong tanpa buah ta­ngan,” ujarnya.

Menurut seorang pekerja di kedai bebas cukai dikenali sebagai Lim, berkata, bekalan coklat tidak mencukupi di Langkawi berikutan masalah bekalan daripada pembekal di Singapura.

“Bekalan coklat import yang diterima terhad walaupun jumlah tempahan sebelum ini tinggi.

“Keadaan tersebut menyebabkan berlaku kekurangan bekalan coklat import di pulau ini,” jelas­nya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI