fbpx
PEKERJA kesihatan melakukan ujian calitan di sebuah pusat saringan pandu lalu di El Paso, Texas pada 12 Januari lalu. - AFP

Covid-19 bunuh 5.5 juta penduduk dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Virus Covid-19 membunuh sekurang-kurangnya 5,503,347 orang sejak pandemik muncul di China pada Disember 2019, demikian menurut angka agensi berita AFP berdasarkan sumber-sumber rasmi setakat kelmarin.

Amerika Syarikat mencatatkan kematian tertinggi Covid-19 sebanyak 842,322 kematian diikuti Brazil denganĀ  620,238 kematian, India (484,655) dan Rusia (318,432).

Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa varian Covid-19 Omicron adalah berbahaya terutamanya kepada mereka yang belum divaksinasi.

WHO berkata, peningkatan mendadak kes Covid-19 di seluruh dunia adalah berpunca daripada Omicron. Varian itu didapati lebih mudah berjangkit daripada varian Delta yang dominan sebelum ini.

Agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu melaporkan lebih 15 juta kes Covid-19Ā  pada minggu lalu dengan jutaan jangkitan lagi dipercayai tidak direkodkan.

Bagaimanapun, WHO meminta kerajaan-kerajaan di seluruh dunia tidak menyerah kalah kepada Omicron.

ā€œWalaupun Omicron menyebabkan jangkitan kurang teruk berbanding Delta, ia masih kekal sebagai virus berbahaya terutamanya kepada mereka yang belum divaksinasi.

ā€œKita tidak boleh membiarkan virus ini bebas menular dan mengibarkan bendera putih terutamanya masih ramai orang di seluruh dunia belum mendapat pelalian,ā€ kata Ketua Pengarah WHOĀ  Tedros Adhanom Ghebreyesus pada satu sidang akhbar. – AFPĀ 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

Ā 

TERKINI

BERITA BERKAITAN