fbpx

Wanita dicabul pekerja rumah ibadat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LANGAT – Seorang wanita menempuh detik menakutkan apabila dipercayai dicabul pekerja sebuah rumah ibadat di Sungai Manggis di sini, semalam.

Kejadian kira-kira pukul 3 petang itu berlaku ketika mangsa berusia 21 tahun bersendirian di dalam bilik rumah ibadat berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor berkata, kes itu disyaki melibatkan seorang lelaki warga India berusia 44 tahun.

“Ketika kejadian, mangsa mendakwa dihampiri pekerja rumah ibadat itu sebelum diraba pada bahu dan dada.

“Wanita itu bagaimanapun sempat melarikan diri dan segera menghubungi rakannya untuk meminta pertolongan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas beliau, mangsa kemudian tampil membuat laporan di balai polis berdekatan untuk tindakan lanjut.

Tambah Ahmad Ridhwan, bertindak atas maklumat, pihaknya menahan suspek di sekitar daerah ini, kira-kira pukul 10 malam tadi. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI