fbpx

Polis mohon bantuan orang ramai kesan Danial Hazim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Danial Hazim

IPOH – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh memohon kerjasama orang ramai bagi mengesan Danial Hazim Mastam, 17, yang dipercayai hilang sejak beberapa hari lalu.

IPD Ipoh dalam satu kenyataannya berkata, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lokasi remaja itu boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Aslina Mat Ali di talian 019-2119539 atau 05-2451628.

Katanya, maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi IPD Ipoh di talian 05-2451500.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung remaja terbabit diharapkan dapat memberi kerjasama bagi membantu siasatan,” ujar kenyataan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI