fbpx

Ini baru aktor hebat! – Ogy Ahmad Daud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON dan penerbit, Ogy Ahmad Daud menjadikan kejayaan pelakon veteran Korea Selatan, Oh Young Soo sebagai satu budaya yang patut dicontohi pemain seni.

PETALING JAYA – Kemenangan pelakon veteran Korea Selatan, Oh Young Soo yang dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada Golden Globe Awards baru-baru ini membuatkan pelakon dan penerbit, Ogy Ahmad Daud tampil bersuara.

Kata Ogy atau nama sebenarnya, Fauziah Ahmad Daud, 59, kejayaan yang diraih Young Soo, 77, menerusi siri fenomena global, Squid Game membuktikan bakat lakonan tetap akan diperakui ramai andai hadir bersama kualiti tanpa mengira usia mahupun bilangan pengikut media sosial.

“Ini baru aktor hebat, terus menang Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Golden Globe Awards 2022.

“Tak perlu juta-juta followers. Mutu lakonan dan fahaman watak menambat para juri Hollywood menganugerahkan Oh Young Soo Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik untuk siri Squid Game,” katanya menerusi satu hantaran status Instagram.

Ujar anak kepada mantan biduan negara, Allahyarham Datuk Ahmad Daud dan primadona filem Melayu Allahyarham Datin Saadiah itu, apa yang penting dalam diri seseorang anak seni adalah bakat.

“Tiada pun dia terima panggilan ‘otai’ tapi dia dihormati sebagai aktor senior.

“Yang dihargai bakat, pengalaman, ilmu yang ada pada dirinya,” kata Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) 1986 dan 1987 itu.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan, Young Soo mencipta sejarah sebagai pelakon kelahiran Korea Selatan pertama yang merangkul kemenangan dalam kategori yang kebiasaannya dipelopori pelakon Hollywood tersebut.

Young Soo mengenepikan saingan daripada pelakon hebat lain seperti Kieran Culkin yang dicalonkan menerusi siri Succession, Brett Goldstein (Ted Lasso), Mark Duplass (The Morning Show) dan Billy Crudup (The Morning Show). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI