fbpx

Harimau teman hari pertama persekolahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsi Persatuan Haiwan Malaysia menyaksikan seekor harimau berada di pekarangan sebuah sekolah di Gua Musang.

PETALING JAYA – Hari pertama sesi persekolahan biasanya ibu bapa dan penjaga akan tunggu di luar kelas ataupun di luar pagar sekolah.

Itu situasi biasa yang dapat kita saksikan ketika sesi persekolahan bermula tambahan ada murid yang tidak pernah berjauhan dengan ibu bapa masing-masing.

Namun, di sebuah sekolah di Gua Musang, Kelantan lain pula jadinya apabila seekor Harimau Malaya hadir dan berada di luar pagar sekolah.

Mengikut satu perkongsian di Facebook Persatuan Haiwan Malaysia, harimau tersebut hadir ke pekarangan asrama Sekolah Kebangsaan Balar, Gua Musang.

Menurut perkongsian tersebut, harimau terbabit keluar dari habitat asalnya berkemungkinan telah dimusnahkan secara ‘total’.

“Haiwan liar tidak akan keluar habitat sehingga masuk kawasan berbau manusia melainkan mereka terasa terancam, kebuluran, kawasan rayau mengecil dan hilang punca kehidupan.

“Ini membuktikan bahawa negara mengalami kemusnahan habitat serius memaksa haiwan liar keluar sarang,” jelas persatuan tersebut.

Tambah Persatuan Haiwan Malaysia lagi, sesuatu yang drastik perlu dibuat, perlu selamatkan hutan dan haiwan liar terlibat. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI