fbpx

KTMB tunggu siasatan panel tatatertib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sedang menunggu hasil siasatan daripada panel tatatertib sebelum sebarang tindakan susulan diambil ke atas kakitangannya yang cuai apabila tidak berhenti di Stesen Kuala Gris, Kuala Krai semalam.

Jurucakap KTMB berkata, hasil siasatan itu dijangka diperoleh dalam tempoh terdekat.

“Setakat ini, hanya tindakan gantung tugas diambil kepada kakitangan berkenaan dan kita akan memaklumkan perkembangan lanjut sebaik mendapat keputusan daripada panel tatatertib,” katanya ketika dihubungi.

Semalam Kosmo! melaporkan 100 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dabong terpaksa ‘ponteng’ apabila kereta api tidak berhenti di Hentian Kuala Gris pada pukul 7.07 pagi.

Bagaimanapun, kereta api itu kembali berhenti pagi tadi dan membolehkan pelajar pergi ke sekolah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI