fbpx

Tiada jaminan harga ketika ini terus kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NASI kandar sentiasa menjadi hidangan pilihan para pelanggan di Pulau Pinang.

SHAH ALAM – Biarpun terdapat pengusaha restoran mengambil langkah mengekalkan harga makanan dan minuman, namun restoran makanan popular, Restoran Hakim mengambil sikap tunggu dan lihat berhubung kenaikan kos bahan mentah ketika ini.

Pengarah Urusannya, Datuk Hakimsa Abdul Karim berkata, ketika ini, harga jualan nasi kandar bersama seketul ayam dan sayur adalah kekal RM6.70 bagi semua rangkaian restoran tersebut.

Menurut Hakimsa, pihaknya masih memperoleh untung, namun sedikit disebabkan berlakukan kenaikan harga bahan mentah seperti ayam dan sayur.

Hakimsa

“Harga jualan nasi kandar di semua Restoran Hakim masih kekal dan pihak kami masih boleh meneruskan operasi perniagaan disebabkan kadar sewa serta gaji pekerja masih sama.

“Namun, kami tidak dapat memberi jaminan sama ada harga itu boleh dikekalkan selepas selepas sambutan Tahun Baharu Cina nanti (bulan depan),” kata­nya ketika dihubu­ngi Kosmo! Ahad di sini semalam.

Menurut beliau, isu kenaikan harga bukan sahaja dihadapi oleh mereka yang berada dalam sektor makanan dan minuman, malah semua industri mengalami kesan yang sama.

“Kebanyakan restoran menggunakan khidmat pekerja asing dan sama dengan sektor perta­nian dan pembinaan. Apabila kami berdepan dengan kekura­ngan pekerja, pekerja asing ini mahu gaji yang tinggi dan jika tidak, mereka mahu balik (pulang ke negara asal),” ujarnya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI