fbpx
Gambar hiasan.

Bekas pemandu didakwa ugut Hakim Mahkamah Tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang bekas pemandu Hakim Mahkamah Tinggi didakwa di Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap hakim berkenaan minggu lalu.

Bagaimanapun tertuduh Mohd. Fareez Mohd. Zin, 39, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Farah Nabihah Muhamad Dan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap Hakim Mahkamah Tinggi Bahagian Sivil iaitu Yang Arif Gan Techiong, 64, dengan niat hendak menyebabkan kegentaran kepada mangsa.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Mahkamah Tinggi Sivil, Jalan Duta di sini pukul 1.30 tengah hari pada 8 Mei lalu yang didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Jika ugutan melibatkan ancaman bunuh atau mendatangkan kecederaan parah, kesalahan itu boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu Timbalan pendakwa raya Amritpreet Kaur Randhawa membantah permohonan ikat jamin dengan menegaskan bahawa pertuduhan itu adalah kesalahan yang tidak boleh dijamin.

“Saya membantah sebarang permohonan ikat jamin dalam kes ini. Mahkamah perlu memastikan keselamatan Hakim Mahkamah. Jika ikat jamin dibenarkan, jumlahnya perlu tinggi dan tertuduh dilarang mengganggu saksi pendakwaan serta perlu melapor diri di balai polis,” katanya.

Bagaimanapun peguam Karen Kaur yang mewakili tertuduh memohon mahkamah membenarkan ikat jamin dengan jumlah rendah atas alasan tertuduh tidak akan melarikan diri selain tertuduh akan hadir ke mahkamah pada setiap prosiding.

Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, Majistret Farah Nabihah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin selepas mengambil kira sifat pertuduhan yang tidak boleh dijamin serta bantahan pihak pendakwaan.

“Memandangkan sifat pertuduhan tersebut, mahkamah menolak untuk membenarkan ikat jamin pada peringkat ini. Permohonan ikat jamin boleh dibuat di hadapan majistret asal yang akan mendengar kes ini,” katanya.

Dalam kes berasingan, Mohd. Fareez turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melalui ujian air kencing, tertuduh didapati telah memberikan diri sendiri dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Keslahan itu didakwa di tandas Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini pukul 11.10 malam pada 12 Mei lalu.

Justeru pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun, selain pengawasan mandatori tidak kurang dua tahun.

Majistret Farah Nabihah kemudian membenarkan teetuduh ikat jamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Ogos ini untuk sebutan kedua-dua kes. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN