fbpx

Kilang sembelih ayam buang sisa buangan diarah tutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kilang penyembelihan ayam di Kawasan Perindustrian Ulu Choh, Iskandar Puteri diarah henti operasi serta-merta selepas didapati membuang sisa buang terus ke dalam longkang awam.

ISKANDAR PUTERI – Kilang penyembelihan ayam di Kawasan Perindustrian Ulu Choh, dekat sini telah diarah menghentikan segala aktiviti penyembelihan setelah didapati tidak menguruskan sisa buangan dengan baik, semalam.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam satu kenyataan berkata, kilang itu turut dikenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Katanya, tindakan tersebut diambil setelah mendapati kilang berkenaan telah melepaskan efluen tanpa rawatan ke dalam longkang awam tanpa sebarang rawatan.

“Susulan itu, kilang terbabit diarah menghentikan segala aktiviti penyembelihan secara serta-merta dan perlu mengambil langkah pembaikan dengan kadar segera bagi memastikan pencemaran yang berlaku dapat diatasi.

“Selain itu, kompaun berjumlah RM 4,000 telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009,” katanya dalam kenyataan di sini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI