fbpx

Aedy Ashraf, Amelia buat netizen ‘bersemut’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR romantis Aedy dan Amelia membuatkan peminat tidak senang duduk.

SELALUNYA kalau artis kongsi gambar bermesraan, berpeluk-pelukan, ramai netizen yang akan kecam perbuatan tersebut. Paling tidak pun akan muncul ‘ustaz’ dan ‘ustazah’ menasihati kelakuan dan batas mereka.

Tapi itu tidak pula terjadi apabila pelakon yang bergandingan dalam drama Kisah Cinta Kita iaitu Aedy Ashraf dan Amelia Henderson berkongsi ‘adegan’ mesra mereka berpelukan dalam Instagram masing-masing.

Malah, ramai yang mengharapkan supaya kedua-dua selebriti itu mengekalkan hubungan mesra tersebut sebagai pasangan kekasih yang sebenar sebab terlalu ‘manis’ katanya.

Diva pun garu kepala juga. Bukan ke netizen kita sangat sensitif dan akan rasa terganggu dengan aksi sebegitu?

Malah, ada juga yang menyuruh supaya Amelia tidak memadam gambar mesranya bersama Aedy sebab terlalu romantik!

“Tolong jangan padam gambar-gambar ini,” kata seorang pengguna Instagram.

“Manis betul mereka berdua. Kahwin sajalah betul-betul,” kata seorang lagi pengguna Instagram.

Diva pun dalam diam makan hati juga sebenarnya. Sebab dari dahulu lagi memang minat dekat Aedy, tapi cuma dalam diam.

DIVA: Tak sabar rasanya nak tunggu malam Anugerah Juara Lagu ke-36 yang dijangka berlangsung pada bulan Mac nanti. Siapakah pilihan anda?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI