fbpx

Ramai penghuni tinggal di hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan keadaan Apartmen Sri Duta 1 yang diancam tanah runtuh ekoran hujan lebat pada 27 Disember lalu.

PETALING JAYA – Penghuni Apartmen Sri Duta 1 di Jalan Ledang, Taman Duta dekat sini masih belum dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing ekoran masih terdapat ancaman tanah runtuh di kawasan terbabit.

Tinjauan Kosmo! mendapati, kawasan perumahan itu hanya dijaga oleh pengawal keselamatan dan bahagian belakangnya diletakkan kanvas untuk menutup tanah bagi mengurangkan impak runtuhan.

Terdapat pergerakan keluar masuk oleh pihak berkuasa yang dipercayai untuk meneruskan siasatan dan pemeriksaan.

Selain itu, terdapat beberapa perunding yang dilantik pemaju keluar masuk untuk menjalankan pemeriksaan struktur ba­ngunan.

Di samping itu, struktur ba­ngunan di beberapa permukaan tanah yang terjejas juga dibaluti kanvas di empat blok yang membabitkan 34 unit kediaman.

Difahamkan, rata-rata penghuni menginap di hotel berhampiran atau rumah saudara mereka susulan insiden tanah runtuh yang berlaku pada 27 Disember lalu ketika hujan lebat.

Salah seorang pengawal ke­selamatan yang enggan dikenali berkata, apartmen itu masih kosong dan tidak berpenghuni selepas 34 buah keluarga diarahkan mengosongkan bangunan selama dua minggu.

“Ia masih kosong selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengeluarkan arahan tersebut.

“Ketika ini, pihak berkuasa masih menjalankan siasatan. Setiap hari, polis, bomba dan lain-lain agensi datang membuat siasatan dan pemeriksaan lanjut,” katanya ketika ditemui.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan seramai 34 keluarga diarah mengosongkan bangunan kediaman itu kerana terdapat ancaman tanah runtuh.

Sementara itu, dalam perkembangan berbeza di Gombak, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sedang menunggu pelan rekaan daripada pihak kontraktor dan konsultan sebelum proses baik pulih Mahallah Zubair yang diancam tanah runtuh pada 26 Disember lalu dapat dilakukan.

Pengarah Komunikasi, Advokasi dan Promosi UIAM, Dr. Harmi Taazim Mohamad berkata, setakat ini pihaknya masih menunggu pelan tersebut.

“Kerja baik pulih ini akan dimulakan sebaik sahaja segala proses awal dipersetujui oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan UIAM sendiri.

“Pelajar akan mula masuk belajar pada bulan Mac tahun ini dan kita cuba mempercepatkan proses baik pulih tersebut selain memastikan ia selamat untuk didiami pelajar,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

PIHAK kontraktor menuntup bahagian tanah runtuh dengan kanvas bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk di Mahallah Zubair, Gombar semalam.

Mengulas lanjut, kawasan tanah runtuh tersebut telah ditutup dengan kain kanvas bagi mengurangkan pergerakan tanah selain tidak membenarkan pelajar memasuki kawasan terbabit.

“Kita telah menempatkan seramai 128 pelajar di kediaman lain bagi memastikan keselamatan mereka terjamin,” jelasnya.

Pada 27 Disember lalu, ­Kosmo! melaporkan asrama lelaki UIAM itu diarahkan untuk dikosongkan selepas diancam tanah runtuh ketika hujan lebat.

Kejadian pertama kali sejak penubuhan UIAM pada tahun 1983 itu melibatkan mendapan tanah dengan anggaran keluasan lima meter persegi dengan kedalaman kira-kira tiga meter. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI