fbpx

Lelaki mengaku sihat selepas terima 11 suntikan vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BRAHMDEO Mandal, 65, mengaku menerima 11 dos suntikan vaksin Covid-19 di negeri Bihar, India. – The Mirror

NEW DELHI – Seorang lelaki di India dilaporkan telah menerima 11 suntikan vaksin Covid-19 dan mengaku ia membantu mengekalkan kesihatannya, lapor Mirror.co.uk semalam.

Brahmdeo Mandal, 65, mengaku menerima 11 dos vaksin di negeri Bihar. Siasatan kini sedang dijalankan untuk mengenal pasti cara dia mendapatkan suntikan tersebut.

Mandal berkata, suntikan itu membantu mengekalkan kesihatannya dan menghilangkan sakit-sakit badan tanpa sebarang kesan buruk.

Pesara posmen yang tinggal bersama keluarganya di daerah Madhepura itu dihentikan daripada mengambil suntikan ke-12 di sebuah pusat vaksin pada minggu lalu.

“Kami telah menemui bukti bahawa dia mengambil lapan suntikan dari empat tempat,’’ jelas Amarendra Pratap Shahi yang merupakan pakar bedah awam Madhepura kepada agensi berita BBC.

“Kami bingung bagaimana ini boleh berlaku. Mungkin disebabkan kegagalan portal. Kami cuba menyiasat sama ada terdapat sebarang kecuaian oleh petugas pusat vaksinasi,’’ tambahnya. 

Dalam pada itu, Mandal turut dilaporkan mengambil dua suntikan vaksin dalam tempoh setengah jam pada hari yang sama.

“Satu-satunya cara ini boleh berlaku adalah apabila data vaksinasi lambat dimuat naik ke portal,’’ jelas Pakar Kesihatan Awam, Chandrakant Lahariya kepada BBC.  – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI