fbpx
Tangkap layar seorang wanita disoal siasat selepas menipu seorang lelaki.

Wanita tidak jadi kahwin ambil RM18,000, emas 80gram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Jangan ingat wanita berniqab dan bersuara lembut semuanya jujur, perlu berhati-hati dan jangan letak kepercayaan penuh.

Menerusi satu video tular di media sosial ketika ini, seorang wanita muda dan seorang ustaz yang dikatakan berbangsa Kemboja itu didakwa menipu seorang lelaki.

Kejadian yang difahamkan berlaku di sebuah negeri di Pantai Timur itu menunjukkan seorang bakal pengantin lelaki telah ditipu RM18,000 oleh wanita dan ustaz tersebut.

Malah wanita dan ustaz tersebut juga didakwa mengambil barang kemas seberat 80gram dari bakal pengantin terbabit.

Wanita dan bakal pengantin lelaki itu dikatakan tidak jadi kahwin dengan alasan lelaki terbabit sering memalukan ibu bapa wanita tersebut.

Menjadi isu adalah wang RM18,000 dan barang kemas 80gram tidak dikembalikan semula kepada bakal pengantin lelaki selepas perkahwinan dibatalkan.

Dalam video terbabit, seorang lelaki yang menjadi wakil kepada bakal pengantin lelaki telah menyoal wanita dan ustaz terlibat, pelbagai alasan yang telah diberikan mereka berdua.

“Awak dengan dia tak kahwin lagi, awak janji nak kahwin dengan dia, sebelum ni dia sudah bagi awak RM18,000 dan barang kemas 80gram kepada awak dan ustaz ni,” jelas wakil lelaki itu.

Melihat kepada komen dari orang ramai, ada yang menyatakan kisah mereka itu sudah lama berlaku sehingga lelaki yang ditipu terpaksa hantar wakil untuk selesaikan masalah terbabit.

“Dah lama berlaku, tetapi wanita ni tak nak selesai cara baik. Katanya mereka memang nak tipu orang.

“Wanita dan keluarga dia didakwa menipu bakal suaminya selepas dapat duit itu. Sampai sekarang duit RM18,000 tu tak tahu ke mana,” jelas Wan_batisakta.

“Wanita itu tak nak berdepan dengan pihak lelaki, video ni dibuat selepas wakil lelaki siasat di mana wanita ini berada.

“Tak nak komen lebih tapi dari apa yang aku tahu wanita itu memang menipu lelaki untuk dapatkan wang. Macam sindiket pun ada. Mereka ni bukan warga Malaysia katanya,” jelas Hidayah Ishak. – K! ONLINE

POPULAR