fbpx

Villa sambar Coutinho secara pinjaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
COUTINHO (kanan) akan kembali mewarnai kancah EPL apabila sah menyertai Villa sehingga akhir musim ini. - AFP

LONDON – Pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL), Aston Villa mencipta sensasi tersendiri apabila berjaya menandatangani perancang tengah Barcelona, Philippe Coutinho sebentar tadi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Villa, penghijrahan Coutinho kini tertakluk kepada ujian perubatan yang bakal dilakukan dalam masa terdekat.

“Coutinho sah menyertai pasukan pada jendela perpindahan kali ini dengan kontrak secara pinjaman sehingga tamat musim selain terma tambahan untuk membelinya secara tetap musim depan.

“Perpindahan ini akan dilengkapkan sekiranya Countinho lulus ujian perubatan selain mendapat permit kerja daripada kerajaan,” kata Villa dalam satu kenyataan.

Sebagai rekod, beberapa kelab EPL sebelum ini dikaitkan untuk mengikat khidmat Coutinho seperti Arsenal, Newcastle United, Tottenham Hotspur dan Liverpool tetapi gagal mengemukakan tawaran rasmi kepada Barcelona.

Coutinho dilihat tidak mempunyai masalah untuk menyertai Villa memandangkan dia memiliki hubungan yang cukup akrab dengan pengurus pasukan, Steven Gerrard yang juga bekas rakan sepasukannya ketika mewakili The Reds sebelum ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI