fbpx

Tidak boleh cerai jika guna alasan curang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sepasang suami isteri memegang sijil perkahwinan mereka ketika bergambar di sebuah taman bunga matahari di Beijing, 9 Julai 2021. – AFP

BEIJING – Sebuah mahkamah di China menetapkan permohonan untuk bercerai tidak akan dibenarkan bagi alasan pasangan berlaku curang, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Menurut laporan akhbar Global Times, mahkamah di wilayah Shandong itu menetapkan bahawa curang bukan satu tindakan bersekedudukan.

Ini kerana bersekedudukan merujuk kepada seseorang individu berkahwin yang tinggal bersama seseorang yang lain tanpa ikatan perkahwinan secara berterusan dan stabil.

Susulan itu, mahkamah tersebut tidak akan mengiktiraf aktiviti seks luar nikah sebagai alasan untuk mengemukakan perceraian.

Undang-undang tersebut telah mencetuskan pertikaian di media sosial China, Weibo dengan tanda pagar ‘tidak boleh mengemukakan perceraian kerana curang’ mula menjadi trend selepas netizen di negara itu menyifatkan undang-undang tersebut sebagai ‘mengelirukan’.

Berdasarkan beberapa laporan yang dikeluarkan, kadar perceraian di China telah meningkat daripada 0.96 kes perceraian bagi setiap 1,000 penduduk pada tahun 2000 kepada 3.36 pada 2019.

Kementerian Hal Ehwal Awam China turut melaporkan sebanyak 4.15 juta perceraian direkodkan pada 2019. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI