fbpx

Masa 91 hari untuk jalan kaki mengelilingi Bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MENURUT kajian, kira-kira 91 hari diperlukan untuk seorang pejalan kaki angkasa mengelilingi bulan tanpa henti. - Dreweatts Auctioneer PR / SWNS.C

BANDAR RAYA NEW YORK – Sekumpulan saintis mendedahkan pengiraan tempoh masa yang diperlukan untuk seseorang berjalan kaki mengelilingi Bulan, lapor akhbar Daily Star semalam.

Penyelidikan yang didedahkan menerusi laman berita Live Science itu dilakukan berdasarkan beberapa faktor, landskap permukaan Bulan dan purata kelajuan berjalan kaki di angkasa lepas. 

Menurut kajian itu, masa sekitar 91 hari diperlukan untuk mengelilingi Bulan sekiranya seseorang berjalan pada kelajuan 5 kilometer sejam pada jarak sejauh 10,921 kilometer. 

Bagaimanapun, kata mereka, pengiraan itu adalah hipotesis semata-mata kerana adalah mustahil untuk manusia melakukan perjalanan tanpa henti selama 91 hari berturut-turut di permukaan Bulan. 

Pengiraan secara lebih realistik pula mendapati seseorang akan menyelesaikan perjalanan selama 1.5 tahun (547 hari) sekiranya berjalan pada kelajuan sama selama empat jam sehari. 

Bercakap kepada laman berita Live Science, penasihat saintifik di Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA), Aidan Cowley membentangkan beberapa masalah yang akan dihadapi oleh pejalan kaki di bulan.

“Saya fikir secara logistik, ia boleh dilakukan tetapi akan menjadi misi yang sangat pelik untuk disokong.

“Banyak agensi sedang mengkaji konsep untuk memiliki kenderaan kalis tekanan yang bertindak sebagai pangkalan mini mudah alih untuk membantu  pejalan kaki angkasa menjalankan misi penerokaan,’’ jelas beliau. 

Tambahnya, kenderaan itu boleh digunakan pada waktu malam untuk menambah bekalan dan keluar pada siang untuk meneruskan perjalanan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI