fbpx

Kanak-kanak hampir buta akibat dijangkiti Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mata kiri Zc hampir tertutup sepenuhnya dan dia hampir menjadi buta akibat selulitis orbital. - SWNS

LONDON – Seorang kanak-kanak lelaki di Britain terpaksa meraikan Hari Krismas di hospital dan hampir menjadi buta selepas dijangkiti Covid-19 yang menyebabkan kesan sampingan pada matanya, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Zac Morey, 9, dari Bristol hilang penglihatan pada mata kirinya selepas kurang seminggu disahkan positif Covid-19.

Kelopak matanya hampir tertutup sepenuhnya disebabkan oleh jangkitan kulit yang dikaitkan dengan Covid-19, dinamakan selulitis orbital.

Walaupun dia telah sembuh sepenuhnya, keluarga kanak-kanak itu telah masih risau.

“Matanya kelihatan seperti akan ‘tersembul keluar’.

“Tidak mungkin Zac dapat membuka matanya tanpa menarik kulit pada bahagian itu. Matanya bengkak dalam keadaan yang tidak pernah saya lihat sebelum ini, “ kata ibu Zac, Angela.

Menurut Angela, Zac pada mulanya diuji negatif Covid-19 sebanyak dua kali, namun pada 22 Disember 2021, mata kirinya terasa sakit.

“Menjelang malam Hari Krismas, kami membawanya ke hospital dan Zac diberikan  ubat antibiotik jenis titisan selama dua hari.

“Mereka (pasukan perubatan) berkata sekiranya ia menjadi terlampau teruk, mata Zac berpotensi menjadi buta,” kata Angela.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyenaraikan mata kemerahan dan gatal-gatal sebagai kesan sampingan Covid-19 yang luar biasa dengan pelbagai kajian telah mengaitkan selulitis orbital dan koronavirus. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI