fbpx

Telefon lipat kembali jadi trend

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TELEFON pintar boleh lipat dengan skrin besar dan mudah untuk disimpan kini menjadi trend terbaharu dalam kalangan pengguna.

TELEFON pintar boleh lipat kini dilihat menjadi satu peranti baharu yang mendapat tempat di pasaran.
Tidak hairanlah beberapa pengeluar telefon pintar terkemuka mengeluarkan peranti seumpama itu.

Oppo antara syarikat pengeluar yang tidak melepaskan peluang itu dengan menghasilkan telefon pintar boleh lipat Oppo Find N.

Peranti ini sesuai untuk pengguna yang mahukan sebuah telefon pintar yang mempunyai skrin besar dan pada masa sama boleh dikecilkan untuk disimpan.

Oppo Find N ini dilengkapi dengan skrin luaran bersaiz 5.49 inci untuk bahagian hadapan.

Untuk skrin luasan peranti ini menggunakan panel Amoled dengan perlindungan Gorilla Glass Victus dan menyokong kadar segar semula 60Hz.

Manakala untuk skrin dalaman apabila tidak dilipat peranti ini mempunyai skrin bersaiz 7.1 ini.
Skrin itu juga menyokong kadar segar semula 120Hz serta menyokong pelarasan kadar penyegaran automatik antara 1Hz dan 120Hz.

Sementara itu, dari segi kuasa peranti tersebut dijana oleh cip Snapdragon 888 dan dilengkapi dengan memori sehingga 12GB serta setoran sehingga 512GB.

Peranti ini juga dilengkapi dengan lima kamera, tiga di bahagian belakang dan dua kamera swafoto.

Pada bahagian belakang, peranti ini disertakan dengan kameras sudut lebar 50MP, kamera ultra lebar 16MP dan kamera telefoto 13MP.

Telefon pintar berkenaan turut dilengkapi dengan bateri berkapasiti 4,500mAh dan menyokong pengecasan pantas 33W berwayar dan 15W secara tanpa wayar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI