fbpx

‘Saya tidak memiliki kepentingan dalam mana-mana syarikat’ – Azam Baki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azam pada sidang akhbar khas di Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA – “Saya tidak melakukan apa-apa kesalahan dan tidak memiliki apa-apa kepentingan serta pemilikan saham dalam mana-mana syarikat,” kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Itu penjelasan diberikan Azam berhubung dakwaan isu pemilikan saham dalam beberapa syarikat yang dibangkitkan beberapa agensi media dan portal bebas sejak beberapa bulan lalu.

Azam hari ini tampil memberi penjelasan mengenai perkara itu pada sidang akhbar khas dikendalikan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) di sini hari ini.

Menurut Azam, tuduhan kononnnya terdapat ‘conflict of interest’ seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak adalah tidak berasas sama sekali.

Beliau berkata, perkara itu sudah dijelaskan oleh beliau kepada Panel LPPR bahawa akaun sahamnya digunakan oleh adiknya, Nasir Baki untuk urus niaga dan beliau tiada kepentingan ke atas saham-saham yang dibeli itu.

“Saham-saham itu dibeli melalui pasaran terbuka oleh adik saya menggunakan pembiayaannya dan saham-saham syarikat yang dibeli olehnya tiada kaitan dengan siasatan oleh SPRM.

“Bagaimanapun, saham-saham tersebut kemudian dipindahkan kepada akaun saham beliau (Nasir).

“Saya tidak melihat ia satu isu apabila membenarkan adik menggunakan akaun saya untuk membeli saham. Jika ia satu kesalahan beritahu saya bahawa ia adalah satu kesalahan,” katanya.

Berhubung tuduhan beliau mengawal banyak syarikat, Azam menjelaskan, dakwaan itu adalah satu persepsi negatif dan menggambarkan seolah-olah beliau mengawal satu konglomerat yang besar. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI