fbpx

Pesara, pengurus syarikat ditahan bantu kes rasuah RM500,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu Pejabat SPRM Johor Bahru

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Segamat telah menahan seorang pesara sebuah syarikat milik kerajaan dan seorang pengurus syarikat bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah melibatkan nilai kira-kira RM500,000.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki yang masing-masing berusia 61 tahun itu ditahan pejabat SPRM Johor Bahru antara pukul 12.30 tengah hari hingga 5 petang tadi selepas hadir memberikan keterangan.

Difahamkan pada tahun 2019 hingga 2020, suspek pesara yang sebelum ini bertugas sebagai pengurus syarikat milik kerajaan di Segamat telah menerima rasuah daripada pengurus syarikat terbabit sebagai balasan mendapatkan kerja-kerja kontrak perladangan di daerah tersebut.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan berkata kes disiasat dibawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 dan kedua-kedua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru esok bagi mendapatkan permohonan reman.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI