fbpx

Pengurus, pengarah ditahan buang sisa kilang di Sungai Perembi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pengurus dan seorang pengarah kilang ditahan JAS Johor kerana membuang sisa buangan di Sungai Perembi, Pasir Gudang, Johor.

JOHOR BAHRU – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor telah menahan seorang pengurus dan seorang pengarah kilang kerana dipercayai melepaskan sisa buangan di Sungai Perembi, Pasir Gudang di sini kelmarin.

Pengarah JAS Johor, Dr. Famey Yusoff berkata, mereka yang ditahan merupakan lelaki warganegara tempatan dan berusia 50-an dan 40-an tahun.

Katanya, kedua-dua mereka ditahan ketika serbuan dijalankan terhadap premis berkenaan pada pukul 4 petang.

“Mereka kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam lebih kurang pukul 5 petang.

“Kedua-dua mereka ditahan bagi membantu siasatan kerana melepaskan air buangan efluen tidak terolah secara pintasan (bypass) ke Sungai Perembi,” katanya ketika dihubungi pemberita, di sini hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI