fbpx

Barcelona, United ada rancangan menarik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DEMBELE hanya memiliki baki kontrak sehingga Jun menyebabkan Barcelona terdesak untuk menjualnya pada bulan ini. – AFP

LONDON – Barcelona dan Manchester United dilaporkan sedang mengadakan perbincangan mengenai potensi kedua-dua pasukan untuk mengadakan pertukaran pemain mereka pada jendela perpindahan kali ini.

Laporan menyebut, dua pemain yang disebut terlibat dalam proses pertukaran itu adalah Anthony Martial yang akan ke Camp Nou dan Ousmane Dembele yang akan bertukar angin ke saingan Liga Perdana Inggeris bersama United.

Martial, 26, hanya melakukan tujuh penampilan liga musim ini dan hanya dua kali diturunkan sebagai pemain dalam kesebelasan utama dan kali terakhir diturunkan ketika menentang Arsenal pada Disember lalu.

United sebelum ini dilaporkan menolak tawaran daripada Sevilla untuk mendapatkan Martial secara pinjaman apabila kelab Sepanyol itu mahu United membayar separuh daripada gaji mingguan pemain itu.

Sementara itu, Barcelona dikatakan mahu melepaskan khidmat Dembele untuk mengurangkan beban kewangan kelab tu selepas dia juga merupakan antara pemain yang meraih pendapatan tinggi di Camp Nou.

The Catalans juga perlu berbuat demikian untuk membolehkan mereka mendaftarkan Ferran Torres yang baharu dibeli dari Manchester City untuk mengelak daripada dikenakan hukuman pelanggaran Peraturan Kewangan Adil (FFP).

Berdasarkan laporkan, Barcelona mahu menjual Dembele kepada United bulan ini ketika kontrak pemain itu hanya berbaki sehingga Jun nanti dan bakal berdepan risiko kerugian jika terpaksa melepaskannya secara percuma nanti.

Dalam usaha untuk memujuk United, Barcelona mengemukakan tawaran bahawa mereka sanggup untuk menawarkan kontrak pinjaman selama enam bulan kepada Martial dengan tanggungan gaji penuh. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI