fbpx

Banjir : Sabah kekal catat jumlah mangsa empat angka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan banjir semasa di Bulat Popok Kota Marudu. -Foto: Ihsan Pembaca

KOTA KINABALU – Jumlah mangsa banjir membabitkan beberapa daerah di Sabah kekal menunjukkan empat angka pagi ini.

Setakat pukul 9 pagi tadi, seramai 3,385 mangsa membabitkan 1,329 keluarga masih ditempatkan di 30 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Jumlah berkenaan menunjukkan sedikit peningkatan berbanding 3,365 mangsa daripada 1, 331 keluarga setakat pukul 9 malam tadi.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah berkata, enam daerah yang masih dilanda banjir ialah Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Telupid dan Paitan.

Katanya, Kota Marudu mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu seramai 2,668 orang daripada 1,120 keluarga yang telah dipindahkan di 14 PPS berasingan.

“Selain itu, Pitas terdapat seramai 319 mangsa daripada 120 keluarga yang ditempatkan di empat PPS manakala di Telupid, tujuh PPS dibuka dengan merekodkan 216 mangsa membabitkan 49 keluarga.

“Sementara itu, Paitan mencatatkan seramai 99 orang membabitkan 23 keluarga yang dipindahkan ke tiga PPS berasingan manakala di Sandakan seramai 45 mangsa membabitkan tujuh keluarga yang dipindahkan ke sebuah PPS,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI