fbpx

Bermulanya gerakan solo Choi Ye-na

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHOI YE-NA

TAHUN baharu 2022 menamatkan penantian penyanyi Choi Ye-na yang sudah menunggu lama untuk menyaksikan debut kemunculan gerakan solonya.

Penantian peminat juga akhirnya terlerai apabila pihak agensi Ye-na, Yuehua Entertainment memaklumkan bahawa penyanyi itu akan melancarkan debut solo secara rasmi pada 17 Januari ini.

Pengumuman tersebut dilakukan menerusi media sosial milik bekas anggota kumpulan IZONE itu dengan muat naik poster pelancaran debutnya.

Ye-na akan melancarkan debutnya tepat pukul 6 petang waktu Korea Selatan, namun sehingga kini masih belum ada sebarang maklumat lanjut berkenaan debutnya.

Sebelum ini, perancangan debut Ye-na sepatutnya berlangsung pada tahun lalu. Bagaimanapun, dia terpaksa memberi laluan kepada beberapa artis naungan agensi sama yang membuat kemunculan semula pada tahun lalu iaitu Everglow selain debut sebuah kumpulan baharu, Tempest.

Untuk rekod, Ye-na memulakan kariernya bersama IZONE yang ditubuhkan daripada program Produce 49, namun hanya mampu bertahan selama dua tahun setengah sebelum mereka dibubarkan pada 29 April tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI