fbpx

15 perkampungan Terengganu terjejas fenomena air pasang besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kampung Bakau Tinggi yang dinaiki air ekoran fenomena air pasang besar di Kampung Bakau Tinggi, Kemaman semalam.

KEMAMAN – Sebanyak 15 buah perkampungan di daerah ini dan Dungun yang terletak berhampiran pesisir pantai dan muara sungai dinaiki air ekoran fenomena air pasang besar setinggi 3.7 meter malam tadi.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Azman Alias berkata, kebanyakan kampung tersebut dinaiki air sehingga 0.4 meter selama empat jam sehingga 12 tengah tadi.

“Bagaimanapun, syukur hanya beberapa rumah penduduk yang terjejas dimasuki air disebabkan ketiadaan hujan lebat dan angin kencang.

“Antara kawasan terjejas ialah Kampung Tanjung Mak Tat; Kampung Pulau Tempurung; Kampung Bakau Tinggi, Kemaman manakala di Dungun pula melibatkan Kampung Seberang Pintasan, Kampung Rajawali, Muara Kuala Dungun dan Kampung Sungai Buaya,” katanya ketika meninjau fenomena air pasang besar itu di sekitar Chukai di sini hari ini.

Azman berkata, dua keluarga sahaja di Kampung Geliga Baru dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Geliga berikutan fenomena tersebut.

Katanya, keluarga tersebut dipindahkan lebih awal kerana kediaman mereka terlalu hampir dengan kawasan pantai selain risiko boleh terjejas teruk ekoran hakisan pantai ekoran fenomena berkenaan.

“Keutamaan bagi kerja-kerja menyelamat dan pemindahan diberikan kepada golongan warga emas, orang kelainan upaya dan kanak-kanak di setiap kawasan berisiko dinaiki air berkenaan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI