fbpx

‘Terima kasih Tan Cheng Hoe’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tan Cheng Hoe

PETALING JAYA – Nama bekas jurulatih utama pasukan kebangsaan Tan Cheng Hoe sohor kini di laman sosial Twitter susulan keputusan beliau melepaskan ‘kerusi panas’ ketua jurulatih skuad Harimau Malaya berkuat kuasa hari ini.

Terdahulu Kosmo! Online melaporkan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan Tan Cheng Hoe tidak lagi bergelar ketua jurulatih skuad utama kebangsaan setelah melepaskan jawatan itu bermula hari ini.

Rata-rata orang ramai mengucapkan terima kasih kepadanya dan menganggap beliau antara jurulatih terbaik skuad kebangsaan di zaman bola sepak era moden masa kini.

“Semoga berjaya dan terima kasih jurulatih Tan Cheng Hoe. Dia tidak boleh dilupakan, Harimau Malaya bermain bola sepak yang terbaik di bawah bimbingannya.

“Piala AFF Suzuki hanya satu espisod malang buat dirinya, sama-sama kita nantikan keputusan FAM untuk mengumumkan jurulatih baharu skuad kebangsaan,” kata @asdmarch.

“Di bawah bimbingan Tan Cheng Hoe, Malaysia bermain bola sepak terbaik yang pernah saya saksikan sekitar tahun 2017 hingga 2019.

“Sehubungan dengan itu, saya akan sentiasa menghargainya, terima kasih untuk segalanya Tan Cheng Hoe,” jelas @keeshmatstats.

Sementara itu, menurut Brother Khal, Tan Cheng Hoe telah membuat rakyat Malaysia kembali menaruh harapan serta kepercayaan kepada skuad bola sepak kebangsaan.

“Bila seseorang membuatkan anda kembali mempercayai dan beri harapan terutamanya dalam saat-saat sukar, anda patut menghargai orang itu.

“Terima kasih, Tan Cheng Hoe kerana membuatkan saya dan seluruh rakyat Malaysia percaya dengan bola sepak Malaysia,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI