fbpx

PM dijangka rombak Kabinet, 3 menteri bakal gugur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BANGUNAN Putra Perdana yang menempatkan pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka merombak Kabinet dalam masa terdekat dengan tiga orang menteri dijangka gugur daripada jawatan disandang mereka.

Difahamkan, dua daripada mereka dikatakan daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), manakala seorang lagi merupakan daripada UMNO.

Ia gara-gara kegagalan mereka menguruskan bencana banjir yang melanda negara baru-baru ini dan mengundang pelbagai kritikan terhadap kepimpinan menteri-menteri tersebut.

Kegagalan mereka berhadapan dengan krisis banjir itu sekali gus dikatakan mencalar kredibiliti kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin oleh Ismail Sabri.

Ketiga-tiga menteri terbabit dikatakan gagal dalam memegang porfolio masing-masing sehingga mendapat kecaman dari rakyat.

Perdana Menteri dikhabarkan bakal mengadakan pertemuan dengan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara berkenaan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI