fbpx
Farrah serta ibunya menitipkan doa buat mangsa banjir ketika melakukan ibadah umrah di Tanah Suci, Mekah hari ini.

Jemaah umrah titip doa buat mangsa banjir di Segamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT – Musibah banjir yang sedang melanda di daerah ini semakin membimbangkan apabila hujan masih lagi turun dan paras air semakin meningkat.

Farrah Ab. Samad, 39, yang kini sedang mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah merasa terkesan dengan nasib mangsa banjir di Segamat.

“Saya masih mengikuti perkembangan banjir di negara kita walaupun jasad di Tanah Suci.

“Ibu saya orang Segamat. Ramai keluarga serta kawan-kawan saya di Segamat. Jadi saya juga merasai kepayahan yang dihadapi mangsa-mangsa banjir ini.

“Alhamdulillah rumah ibu saya tidak kena banjir. Namun hati masih lagi bimbang dengan kawasan-kawasan lain yang terjejas,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Farrah, dia bersama ibu serta adik perempuannya berlepas ke Mekah pada 3 Disember lalu dan dijangka bertolak ke Jeddah hari ini.

Rumah ibunya yang terletak di Batu 2, Segamat tidak terjejas akibat banjir manakala kampung sebelah arwah ayahnya di Batu Anam, Segamat sudah dinaiki air di sesetengah kawasan yang rendah. – K! ONLINE.

POPULAR